2023年1月8日星期日

9 第2章 第2回:2000年部分文章

 9 第2章 第2回:2000年部分文章 

Siapakah yang memperalatkan politik perkauman ? 

Pada tanggal 18 hb Oct. tahun 2000 masa lebih kurang pukul 10.00 pagi , lebih dari 100 orang samseng politik telah menyerbu masuk ke kawasan ‘Dewan Perhimpunan China Selangor’, Jalan Maharajalela,Kuala Lumpur. Mereka membawa sepanduk yang berunsur perkauman sambil memekek-mekek : ‘Bakar bangunan ini ! ’ 

Pemuda-pemuda UMNO yang diketuai oleh Timbalan Ketuanya Datuk Abdul Aziz dan Timbalan Bendaharinya Muzani Mahathir telah menunjukkan sifat perkauman mereka dengan mengugut ‘Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia ’. Sambil menunjukkan jarinya ke muka peguam Encik Cheah Choon Yong , Setiausaha Jawatankuasa Suqiu itu , Abdul Aziz menengking dengan kurang ajarnya : Gua tidak mahu berdialog dengan lu orang . Gua kasi lu kata-dua. Lu mesti menarik balik lu punya SUQIU dalam masa seminggu dan juga meminta ampun ! Kalau tidak , kita orang akan kembali . Kalau berlaku sebarang peristiwa perkauman pada masa itu, lu orang mesti bertanggungjawab . 

Pada waktu yang sama , Menteri Besar Selangor yang baru Muhamad Tooe juga memekek : UMNO sanggup bertumpah darah untuk mempertahankan hak-hak istimewa orang-orang Melayu ! Golonyan atasan UMNO yang lain juga memekek-mekek kegila-gilaan . Langit Malaysia menjadi mendung kehitaman. Tekanan politik makin menjadi-jadi . 

Dalam saat yang genting ini, Timbalan Pengurusi Parti Keadilan Sau. Dr. Chandra Muzaffar menyuarakan pendapatnya yang objektif : Sandiwara Aziz itu suatu permainan yang merbahaya . Pihak memeritah cuba memperalatkan isu perkauman untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada penganiagaan Anwar Ibrahim . Dalam sesebuah negara yang berbilang bangsa, mempermain-mainkan isu-isu perkauman adalah taktik yang sangat merbahaya dan menjijikkan . Semua pihak mesti mencegah taktik yang kotor ini, BN terutamanya UMNO cuba memperalatkan isu-isu perkauman untuk mendapatkan semula sokongan orang-orang Melayu . 

Sau. Dr. Chandra Muzaffar mengulas selanjutnya : Sebab yang utama mengapa isu-isu perkauman di permain-mainkan oleh UMNO ialah UMNO telah kehilangan sokongan orang-orang Melayu . Dengan sebab itu, mereka cuba memperlaga-lagakan orang-orang Melayu dan orang-orang Tionghua supaya mereka dapat terus memerintah dengan ‘ politik ketakutan ’ . Semua taktik keji ini di permain-mainkan hanya untuk menggukuh kedudukan BN sambil menipu orang-orang Melayu bahawa seandainya mereka tidak menyokong UMNO, orang-orang Tionghua akan mengemukakan banyak lagi SUQIU . Tambah lagi beliau , Perdana Menteri telah menyatakan semalam ( 17 hb Ogas ) bahawa dia tidak akan bertolak-ansur tentang hak-hak istimewa orang-orang Melayu . Dengan yang demikian , orang-orang bawahannya telah mendapat isyarat untuk menonjol diri mereka ke depan pentas untuk berlakon sandiwara yang berunsur perkauman itu . 

Dengan itu, rakyat kita mestilah sedar bahawa sandiwara yang berunsur perkauman itu adalah tipu muslihat politik UMNO belaka dan janganlah kita terjatuh ke dalam perangkap mereka yang memang berniat jahat itu . 

Peringatan 
Pada tanggal 23 hb September tahun 2000 dilaporkan dalam semua surat khabar bahawa Pemuda UMNO telah menerima pada prinsipnya permintaan-permitaan SUQIU ! Tepat betul ulasan Sau. Dr. Chandra Muzaffar itu !


H1  是七尺男儿 誓不低头!8/8/2000


0 条评论:

发表评论

订阅 博文评论 [Atom]

<< 主页