9 第2章 第2回:2000年部分文章
9 第2章 第2回:2000年部分文章
Mahathir sekali lagi
tergelincir mulut !
( Hang Jebat Moden )
Pada tanggal 7 hb Oct. Tahun 2000, semasa berucap dalam seminar yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa-mahasiswi dari Malaysia di University Cambridge dengan tajuk ‘Malaysia Dalam Millineum Baru ’, Perdana Menteri Mahathir berkata : “Pertukaran kerajaan mungkin boleh dianggap sebagai demokrasi, akan tetapi ia akan membawa pepecahan. Pembangunan negara juga akan tergendala.------- Kalaulah kempen membenci kerajaan yang dilancarkan oleh PAS dan dasar perkauman yang dipraktikkan oleh DAP berjaya melemahkan kerajaan BN lalu menyebabkan BN kehilangan dengan banyak kerusi-kerusi parlimennya, maka kerajaan yang terbentuk pada masa itu tidak akan menjadi efektif dan kurang stabil, maka pembangunan ekonomi juga akan tergendala. Kemungkinan besar juga akan tercetus rusuhan perkauman Mei 13 --- ”.
PM yang berhormat, cakapan mu
itu ketinggalan zaman
Takkan kamu tidak tahu bahawa segala bentuk kerajaan pada zaman moden ini akan tumbang juga jikalau ia tidak lagi disokong oleh rakyat. Adalah lebih menasabah membiarkan rakyat menukarkan kerajaan secara aman daripada menghalang arus sejarah dengan menggunakan cara-cara yang tidak demokratik, anti-rakyat sehingga cara yang berlumuran darah untuk memanjangkan usia pemerintahan mu itu . Mungkin juga pada suatu hari nanti, kamu dipilih semula untuk menerajui kerajaan. Jika kamu tidak mahu tunduk kepada kemahuan rakyat, kamu akan menghadapi masa depan yang amat gelap. Sebagai contohnya ialah pemerintahan SUHARTO di Nusantara Indonesia . Yang berhormat PM, kamu telah berpolitik selama hampir 40 tahun . Kamu patut memahami
hakikat yang tersebut di atas itu secara lebih mendalam lagi daripada rakyat jelata .
Di Malaysia terdapat dua definasi tentang perkataan ‘demokrasi’.
Pihak pemerintah dengan tidak tahu malu berkata bahawa demokrasi bererti mereka yang terpilih dalam pilihanraya berhak menjadi tuan kepada rakyat yang memilih mereka ! Segala-galanya saya ( Cik Dat / BN ) yang menuntukan !
Rakyat pada kurun yang ke 21 bersuara dengan lantang , rakyatlah yang menjadi majikan kepada kerajaan ! Para menteri ( termasuk PM ) dan pegawai kerajaan semuanya menggunakan duit rakyat untuk menyarakan penghidupan mereka yang mewah itu. Jadi, para menteri dan pegawai kerajaan patutlah berkhidmat kepada rakyat dengan sepenuh hati !
Mengikut logik pihak pemerintah sekarang tentang demokrasi , dipercayai bahawa kedua-dua kontradiksi yang tersebut di atas itu akan diselesaikan dengan cara kekerasan .
Mengikut logik yang kedua , kepentingan rakyat diutamakan , piagam PBB dan perlembagaan negara dihormati, prinsip tiga kuasa berfungsi berasingan dilasanakan dengan jujur . Tak kira parti politik yang mana memerintah, kepentingan rakyat tetap akan terpelihara.
PM yang berhormat, sungguh sedihnya kalau kamu masih risau bahawa pertukaran kerajaan akan membawa pepecahan dan pembangunan ekonomi akan tergendala . Pada waktu pagi , kamu ‘ khuatir ’ tentang ‘rusuhan kaum ’; pada waktu malam pula kamu bimbang bahawa ‘pertukaran kerajaan akan berlaku di Malaysia’ . Justru kekhuatiran dan kebimbangan kamu itu merupakan bukti kukuh bahawa kamu telah gagal menjalankan tugas kamu sebagai seorang pegawai kerajaan selama 43 tahun ( 18 tahun sebagai PM ! ).
PM yang berhormat , sekali lagi
kamu tergelincir mulut !
kamu berleter berkali-kali bahawa seandainya kempen membenci kerajaan dan dasar perkauman DAP berjaya melemahkan kerajaan BN, maka kerajaan BN yang terbentuk pada masa itu tidak akan menjadi efektif dan stabil, pembangunan ekonomi juga akan tergendala dan kemungkinan besar berlaku lagi rusuhan perkauman sperti Mei 13 !
Tidak hairanlah dalam interbiu khas kamu dengan ‘ Financial Times ’ , kamu berkata dengan perasaan duka dan kecewa bahawa semasa kamu mula menjadi PM, orang-orang bukan Melayu tidak suka pada kamu . Akan tetapi dunia sekarang sudah terbalik ; orang-orang bukan Melayu yang suka pada kamu tetapi kaum bumiputra pula tidak lagi percaya kepada kamu .
kenapakah keadaan yang ganjil ini berlaku ? Jawapannya tak lain dan tak bukan ialah rakyat jelata sudah berasa muak dengan kamu kerana kamu telah melakukan banyak perkara yang merugikan rakyat jelata !
Dalam pilihanraya umum 1999 , BN cuma mendapat 40% daripada undi orang-orang Melayu. Kamu sudah kehabisan modal . Kamu telah menggunakan taktik-taktik yang kotor untuk mendapat undi orang-orang bukan Melayu supaya kamu dapat terus memerintah . Kalaulah kerusi-kerusi parlimen dibahagikan secara adil , tak mungkinlah kamu mendapat 2/3 bilangan kerusi parlimen !
Kamu kehilangan banyak undi dalam pilihanraya umum . Kenapa pula menyalahkan PAS dan DAP ? Takkan kamu sudah hilang akal untuk menganalisa sebab-sebab yang sebenar ?
Kamu berteriak-teriak dalam masyarakat Tionghua bahawa PAS hendak menubuhkan negara Islam . Kepada masyarakat Melayu pula kamu berteriak-teriak bahawa DAP ialah parti perkauman Cina dan orang DAP hendak menjadi PM dan juga kononnya DAP hendak merampas hak-hak orang Melayu .
Zaman sekarang ialah zaman maklumat teknologi. Orang ramai tidak lagi berminat dengan media massa dibawah kawalan ketat kamu. Sebaliknya mereka amat tertarik oleh internet yang membekalkan matlumat yang kemaskini . Pada masa yang akan datang , pengundi-pengundi muda akan bertambah sebanyak 1 juta (1,000,000 ) orang . Kalaulah BN masih menggunakan taktik yang kuno untuk menipu rakyat dan memacing undi , sudah pasti ia akan menggulung tikar.
Pihak kerajaan tidak membenarkan rakyat tahu tentang hakikat yang sebenar berkenaan dengan peristiwa Mei 13 ; akan tetapi hakikat yang sebenar pasti akan diketahui umum pada masa yang akan datang ! Mengapa pula pihak kerajaan selalu mengguna isu ini untuk menggertak rakyat ?
Selama 31 tahun hakikat Mei 13 yang sebenar tidak diumum kerana ia melibatkan pergelutan politik dalam UMNO .Pihak UMNO sengaja misteriuskan peristiwa Mei 13 untuk menakut-nakutkan rakyat !
Masa maju ke depan . Sekarang bukan lagi zaman Pak Pandir . Dalam arena politik negara kita , Barisan Alternatif semakin berkembang dengan pesat . Parti Keadilan mendapat sokongan yang kuat dari makin ramai rakyat dari berbilang kaum . Lambat laun , Parti Keadilan dengan komponen-komponen parti lain dalam PA pasti akan menggantikan BN yang bersifat perkauman itu dan membentuk kerajaan yang pro-rakyat, adil dan benar-benar demokratik. Hari inilah rakyat kita menanti-nantikan !
0 条评论:
发表评论
订阅 博文评论 [Atom]
<< 主页