2023年1月9日星期一

9 第2章 第2回:2000年部分文章

9 第2章 第2回:2000年部分文章  


Bersorak-sorai dengan penerbitan Berita BTR dan pelancaran internet parti !

Pada malam 23 hb Sept. tahun 2000, Berita BTR telah diterbitkan dan juga internet Parti Keadilan Bahagian Bandar Tun Razak telah dilancarkan oleh pengurusi Parti Keadilan Bhg. BTR saudara Mustapa Bin Md Tahir. Ramai anggota parti dan hadirin jemputan bersorak-sorai dengan berita yang menggembirakan hati itu.

Sau. Mustapa Tahir dalam ucapannya berkata bahawa beliau amat bersyukur kerana ahli-ahli parti telah bekerja rapat untuk menerbitkan Berita BTR dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Tionghua dalam masa yang singkat. Di samping itu PKN.Bahagia BTR juga dapat melancarkan berita parti melalui internet dalam tiga bahasa supaya mereka yang menerima pendidikan dalam Bahasa Inggeris juga akan mendapat manfaat. 

Tambah beliau lagi, hari ini suatu hari yang bermakna dan juga patut dibanggakan PKN.Bahagia BTR dengan tindakannya yang pratikal telah menyahut seruan pusat parti untuk mempropagandakan prinsip-prinsip perjuangan parti dan luga untuk meninggikan taraf kesedaran anggota anggota parti dan juga rakyat jelata. Dengan penerbitan Berita BTR dan pelancarannya berita parti melalui internet, perhubungan antara anggota-anggota parti dan rakyat jelata akan diperketatkan dan pertukaran buah fikiran antara kdua-dua pihak akan menjadi lebih efektif lagi. 

Beliau berkata selanjutnya bahawa media massa dalam negara kita, terutamanya surat-khabar Melayu, televisyen dan radio semuanya diperkawalkandengan ketatnya oleh pihak pemerintah. Surat khabar yang berbahasa lain juga dikawal ketat oleh rang undang-undang yang menindas kebebasan bersuara . Rakyat tidak dapat bersuara langsung melalui media massa. Dengan keadaan yang demikian, kami terpaksa berikhtiar untuk menerbitkan Berita BTR kita dengan tujuan hendak menyuarakan pendapat pendapat dan kemahuan-kemahuan rakyat . Kami juga terpaksa menggunakan internet untuk menyampaikan berita yang sebenar kepada rakyat.

Bendahari Parti Rakyat Pusat, Saudara Lee Sang dijemput memberi sepatah dua. Mula-mula sekali belia mengucapkan taniah kepada PKN Bahagian BTR kerana berjaya menerbitkan Berita BTR dan melancarkan internet PKN . Dengan hal yang demikian, PKN telah berjaya memecahkan kawalan ketat kerajaan tentang berita yang sebenar. PKN. Bahagian BTR telah menunjukkan tauladan yang baik dalam hal meninggikan kesedaran rakyat. Tambah beliau, PKN Bahagian BTR di bawah pimpinan pengurusinya Sau Mustapa Tahir telah giat mengadakan banyak aktiriti untuk berkhidmat kepada rakyat.Di samping itu, PKN Bahagian BTR telah mengambil bhg. Dalam hal masyarakat Tionghua.Sebagai contohnya, ia telah menyahut seruan pertubuhan-pertubuhan Tionghua dalam kempen mengecap dalam dokumen untuk mempertahankan kedudukan kawasan perkuburan. Ia juga mengambil bhg. Dalam upacara peringatan beramai-ramai hari pengorbanan orang-orang Tionghua semasa pendudukan Jepun.

Kata Sau. Lee Sang lagi, kerja mempropaganda dan kerja menyedarkan massa adalah sangat penting sepanjang masa, samada ahli-ahli dan rakyat jelata akan menyahut seruan parti bergantung kepada kerja mempropaganda dan kerja menyedarkan rakayat. Kalaulah kerja tersebut itu dijalankan secara meluas dan berkesan, maka rakyat jelata akan menerima dasar-dasar parti dan menyokong parti kita . Dengan sebab itu, kerja propaganda untuk mengedarkan rakyat adalah salah satu tugas yang penting dalam pergerakan harian parti politik.

Hadzirin-hadzirin yang terhormat pada malam itu termasuk Dr. Wan Ismail ( Bapa kepada Dr. Wan Azizah ) yang bercakap bagi pihak pengurusi pusat parti , ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Sau. Ng Lum Yong, pengurusi PAS Bahagian BTR, Sau. Abdul Rashid dan juga ramai lagi ahli-ahli Parti Rakyat Malaysia yang lain .

Lebih kurang 300 orang ahli dan penyokong-penyokong PKN Bhg. BTR berkumpul dekat pejabat parti. Di antara mereka ini, ada yang duduk di bawah bangsal kain tebal; ada yang berdiri di kaki lima, di tepi jalan ataupun duduk dalam kereta masing-masing di tepi jalan. 

Apabila bunyi teriakan cogan-kata cogan-kata jelas kedengaran dari dewan kecil dari loteng pejabat parti, orang ramai yang berhimpun di bawah itu pun menyahut dengar riang. Mereka juga bertepuk bergemuruh apabila skrin besar yang terpasang di dalam bangsal itu menunjukkan gambaran yang merang-sangkan.

Di sekeliling bangsal itu tergantung tanglung-tanglung merah. Lilin-lilin kecil yang berkelip-kelipan menerangi tulisan "REFORMASI " di sekelilingnya. Tanglung-tanglung merah yang kuno membawa erti millennium yang baru. Ia muncul dari tradisi dan kini ia telah mendapat nafas baru kerana ia berada bersama dengan barisan reformasi pada zaman pembaharuan ini, dan ia sentiasa memberi semangat kepada pendukung-pendukung reformasi. 

Kami yakin tanglung-tanglung merah yang berkelip-berkelip itu menandakan zaman gemilang rakyat akan tiba tidak lama lagi !


J1 我们坚决支持诉求工委会的严正立场 11/9/2000  




0 条评论:

发表评论

订阅 博文评论 [Atom]

<< 主页