2023年1月11日星期三

10 第2章 第3回:2001年部分文章

10 第2章 第3回:2001年部分文章 

A3 替阵領袖访问白小 9/1/01-3

A2 替阵領袖访问白小 9/1/01-2


   

怀

 

 

 ( 1 9 )   志, 二、 人,   许,   校。 时,   迎。   众, 诉。 后,   下,   园。


  上,   报。白 物,  竣,   成。 场,   边, 便 全。

 

夕,   意见,以 前, 便   2 事。 2 点。 点、   . 点、 校, 童。


  下,   场。 后, 室, 玩, 时,   说: Kak Wan!

 

口, 便 观。   说,70 来, 力, 舍,   3 育, 情。 便 校,   课,   施。她 示, 前,   究。


  出,   题, 题。 愿, 校。

 

说,   化,环 所,   在。 时, 全、  便 所,   选, 此,   题, 使   范。

 

1 14 午, 拉。     问。 曼、   廿 人。


拉。   示, 便 题,   波。


  便   境, 上, 使   上。 以,   华、 境,    变。 是,国 的。



 


L1 旺阿兹莎友好访问董教总 10/11/2000-1 

Recana: Peminpin-peminpin Parti keADILan beramah-tamah dengan Murid-Murid SJKC  Damansara. 

Sub-title: Sau. Dr. Wan Azizah dan Sau Dr. Chandra Muzaffar melawat SJKC Damansara. Mereka memberi perhatian berat terhadap perkembangan penutupan SJKC Damansara oleh Kementerian Pendidikan. Mereka tidak setuju dengan tindakan Kementerian Pendidikan itu. 

Isi Kandungan : 

(9 hb Jan. 2001 Petaling Jaya ) Pengurusi Sau. Dr. Wan Azizah dan Pengurusi Parti Rakyat Sau. Dr. Syed Husin Ali serta peminpin-peminpin yang lain dan ahli-ahli kedua-dua parti yang berjumlah seramai 30 orang telah berkunjung ke SJKC Damansara, Petaling Jaya. Semasa mereka tiba di situ , mereka diberi sambutan hangat oleh ibu-bapa murid-murid sekolah itu dan orang-orang Kampung Damansara. Peminpin-peminpin kedua-dua parti bersalaman dengan penduduk-penduduk di situ. Mereka juga memdengar komplen orang-orang kampung. Lepas itu, mereka masuk ke kawasan SJKC Damansara. 


Di sepanjang lawatan itu, peminpin-peminpin kedua-dua parti itu di beri keterangan yang detail oleh ahli-ahli ‘Jawatankuasa Mempertahankan Sekolah Asal dan Berikhtiar Membina Sekolah Kedua Damansara. SJKC Damansara mempunyai suatu blok bangunan tiga tingkat yang baru, sebuah dewan besar yang siap dibina setahun dahulu. Di tepi jalan berhampiran dengan sekolah juga baru siap di bina sederet tempat perlindungan untuk murid-murid menunggu bas. Di depan sekolah terdapat suatu kawasan meletak kereta yang besar. Lorong-lorong yang berlindung menyambung tempat murid-murid menunggu bas dan juga tempat meletak kereta. Dengan itu, keselamatan murid-murid sangat terjamin tak kira mereka berjalan kaki ke sekolah, menaik bas ke sekolah atau menaiki kereta ke sekolah.  


Pada awal tahun ini, pihak pengolola sekolah dan pihak Persatuan Ibu-Bapa dan Guru-Guru telah memindahkan SJKC Damansara ke SJKC Pei Chai (2) di Bandar Utama, Petaling Jaya, tanpa melalui proses-proses yang patat dilalui, iaitu mengadakan mesyuarat ahli-ahli penderma tahunan kepada SJKC Damansara itu dan mendapat persetujuan kebanyakan ahli-ahli itu. Jawatankuasa Mempertahankan Sekolah Asal dan Berikhtiar Membina SJKC Damansara-2 (JMSABMSJKCD-2) mempunyai dua matlamat, iaitu memohon kepada pihak berkuasa supaya membenarkan murid-murid SJKC Damansara yang tinggal berhampiran dengan SJKC Damansara terus belajar di sekolah asal; matlamat kedua, memohon kepada kerajaan supaya membina SJKC Damansara-2 di kawasan Taman Mayang untuk menerima murid-murid baru yang ramai bilangannya. 


Peminpin-peminpin kedua-dua parti dengan di temani oleh ahli-ahli JMSABMSJKC D-2 telah melawat Dewan Serbaguna yang baru dibina dan juga tempat meletak kereta yang luas di tepi sekolah itu. Lepas itu, mereka masuk ke bilik-bilik darjah untuk bermesra dengan murid-murid SJKC Damansara itu. Sebulum mereka meninggalkan kelas-kelas itu, murid-murid itu melambai-melambaikan tangan mereka sambil berkata , ‘Berjumpa lagi Kak Wan; berjumpa lagi Dr. Syed’. 


Semasa rombongan kedua-dua parti itu sampai ke pintu sekolah, Kak Wan pun memberi pandangan beliau tentang lawatan itu. Kata Saudari Wan Azizah, selama 70 tahun, penghuni-penghuni kampung baru Damansara menderma wang dan menyumbangkan tenaga untuk membina bangunan-bangunan SJKC Damansara yang indah permai itu. Ada juga di antara penghuni-penghuni kampung yang telah menerima pendidikan di SJKC Damansaa selama 3 generasi. Mereka mempunyai perasaan yang memdalam terhadap SJKC Damansara. Sekarang pihak Kementerian Pendidikan dengan tidak memberi penimbangan yang dalam telah memberi arahan untuk menutup SJKC Damansara dan menyuruh semua guru-guru dan murid-murid berpindah dan menumpang di sekolah lain untuk belajar. Tindakan Kementerian Pelajaran memang tidak menasabah lansung! Beliau menegaskan bahawa sebelum membuat keputusan menutup SJKC Damansara, pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan patut datang ke SJKC Damansara untuk membuat kajian dengan mendalam. Saudari Dr.Wan Azizah menjelaskan selanjutnya  bahawa peristiwa pemindahan SJKC Damansara bukanlah suatu isu politik. Ia sememangnya suatu isu pendidikan. Pihak Kementerian Pendidikan sepatutnya menghormati kehendak penghuni-penghuni kampung baru Damansara untuk terus membuka SJKC Damansara bagi anak-anak mereka itu. 


Pengurusi Parti Rakyat Sau. Dr. Syed Husin Ali berkata SJKC Damansara ialah sebuah sekolah yang mempunyai kelengkapan yang moden, kawasan sekililing yang ideal, tdak ada sebarang sebah mengapa sekolah tersebut mesti dipindahkan dengan segera. Di samping itu, SJKC Damansara merupakan tempat belajar yang terselamat dan ideal bagi kanak-kanak kampung baru Damansara dan juga bagi kanak-kanak dari kawasan –kawasan di sekelilingnya. Dengan sebab itu, kerajaan sepatutnya berbincang dengan ibu-bapa murid-murid SJKC Damansara tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dengan secara mendalam dan tenang. Kerajaan sepatutnya tidak boleh memaksa mereka memindah sekolah mereka ke kawasan lain. 


Pada petang 14hb Jan. Timbalan Persiden Sau. Dr.Chandra Muzaffar juga telah melawat SJKC Damansara. Beliau beramah-tamah dengan murid-murid, guru-guru dan juga ibu-bapa yang berada di situ. Mereka yang mengiringi Sau. Dr. Chandra ke SJKC Damansara termasuk setiausaha Bahagian Bandar Tun Razak Sau. Azman bin Abidin, penolong setiausaha Sau. Chin Chee Kong, pengurusi bhg. wanita Sau. Che Minah Bt. Che Mat, ketua angkatan pemuda Sau. Khalid dan wakil-wakil dari beberapa cawangan. Mereka semua berjumlah lebih kurang dua puluh lima orang. Sau. Dr. Chandra mendengar keterangan-keterangan yang di beri oleh dua orang ahli JMSABMSJKC Damansara-2 Encik Liu Thean Chiew dan Encik Chin Kok Kong. Selepas itu, beliau berkata, Parti keADILan Nasional memang memerhatikan isu SJKC Damansara dengan teliti, ia akan berikhtiar untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah isu SJKC Damansara.  


Sebenarnya punca isu SJKC Damansara ialah dasar pelajaran kerajaan BN yang tidak sesuai dengan zaman itu. Kalaulah semua kaum di negara kita ini dibenarkan belajar dan juga mengembangkan bahasa dan budaya masing-masing dengan bebasnya –suatu hak asasi manusia yang disokong oleh PBB—maka isu SJKC Damansara tidak akan timbal lansung. Dengan sebab itu, isu SJKC Damansara dapat diselesaikan dengan sempurnanya sekiranya kerajaan mengkaji semula dasar pelajarannya yang lapuk itu dan membentuk suatu dasar pelajaran yang liberal dan sesuai dengan kehendak zaman. Akan tetapi, kerajaan BN yang lapuk itu tidak akan dan juga tidak berdaya untuk berbuat demikian! 



12/1/2023 


















































































0 条评论:

发表评论

订阅 博文评论 [Atom]

<< 主页