10 第2章 第3回:2001年部分文章
10 第2章 第3回:2001年部分文章
A7 Suatu Panji Yang Berkilau-wilauan 11/1/2001-3
Ran: Suatu Panji Yang Berkilau-kilauan
Sub-tile: Perisytiharan politik yang mulia
»ò Õߣ¬ ¸± Ìâ Çë °ï æ Ñ¡ ³ö À´
Oleh: Sau. Hang Jebat Moden 11hb Jan. 2001
Pada tanggal 8 hb Jan., 2001Majlis Tertinggi Parti Keadilan Nasional telah mengadakan MT nya yang pertama pada tahun baru ini. Mesyuarat itu telah memutuskan untuk menolak jemputan PM Dr. Mahathir , Parti Keadilan Nasional tidak akan berunding dengan UMNO tentang apa yang dipanggil perpecahan orang-orang Melayu.
Selepas mesyuarat itu Pengurusi PKN, Dr. Wan Azizah mengatakan bahawa PKN ialah sebuah parti berbilang kaum. Ia sentiasa berpegang kepada sikap terbuka untuk memastikan bahawa semua rakyat Malaysia dapat hidup dengan harmonidan tenteram. Kami tidak akan menerima jemputan UMNO untuk membincang tentang apa yang dipanggil ‘perpaduan orang-orang Melayu’. Perkara itu semata-mata masalah dalam UMNO kerana orang-orang Melayu sekarang tidak mahu menyokong UMNO lagi. Sebaliknya mereka sudah berpaling kepada Barisan Alternatif dan memberi sokongan yang padu kepadanya.
Beliau menambah lagi, orang-orang Melayu tidak lagi menaruh kepercayaan kepada peminpin-peminpin negara sekarang ini kerana mereka telah menyalah gunakan kuasa mereka, makan suap yang berleluasa, kes-kes polis menggunakan cara kekerasan terhadap rakyat biasa, urusan ekonomi dengan cara yang salah, menyalah -gunakan sistem kehakiman dan wang kerajaan untuk menyelamatkan kompani-kompani kroni BN dan lain-lain lagi.
Pada tanggal 9 hb Jan. Pemuda PKN telah mengadakan suatu sidang akhbar. Pemuda PKN dengan sebulat suara menyokong keputusan majlis tertinggi PKN. Mereka berazam untuk mengukuhkan lagi asas ‘ politik era baru’ untuk melenyapkan politik perkauman UMNO. Mereka juga menyokong keputusan parti supaya tidak akan berunding dengan UMNO tentang apa yang dipanggil perpaduan orang-orang Melayu.
Ahli-ahli PKN dengan sebulat hati hendak memperjuangkan cita-cita murni untuk demokrasi tulen, keadilan dan hak-hak asasi untuk seluruh rakyat. Di samping itu, mereka juga menunjukkan kejijikan mereka terhadap politik sempit dan politik perkauman UMNO. Deklarasi politik PKN yang jelas ini membuka jalan bagi politik era baru bagi seluruh rakyat Malaysia. Ia juga menjadi pedoman yang jelas bagi seluruh rakyat Malaysia yang menderita selama ini di bawah kong-kongan politik perkauman UMNO dan kuncu-kuncunya.
Dari ombak perjuangan massa untuk keadilan dan demokrasi tulen muncullah PKN yang mendapat sokongan padu rakyat berbilangan kaum. Dulu, kebanyakan penyokong-penyokong PKN ialah orang-orang Melayu. Akan tetapi, semenjak pilihan kecil Lunas, makin ramai orang-orang Tionghua dan orang-orang India telah sedar bahawa PKN lah yang benar-benar memperjuangkan hak-hak semua kaum. Dipercayai bahawa makin ramai lagi rakyat Melaysia yang cintakan demokrasi tulen dan keadilan akan menyertai PKN tidak lama lagi.
Semasa penubuhan PKN, kebanyakan orang-orang Tionghua dan India tidak mahu terlibat dalam pergerakan reformasi PKN. Mereka menganggap bahawa PKN tidak dapat menggantikan pihak BN yang sudah lama bertapak di arena politik negara kita. Ada juga di antara mereka yang menyamakan PKN dengan Parti Semangat 46. Mereka ini meramalkan bahawa lambat laun PKN akan pulang ke pangkuan UMNO. Akan tetapi hakikat yang sebenar telah membuktikan bahawa ramalan mereka ini tidak tepat sama sekali.
Dalam pilihanraya ke 10, tahun 1999 dan juga dalam pilihan kecil Lunas, PKN telah mencapai kemenangan yang cemerlang. Hakikat ini menunjukkan bahawa rakyat jelata sudah menaruh kepercayaan mereka kepada PKN. Tidak syak lagi PKN akan terus berkembang dengan pesatnya.
Pihak BN sangat terkejut dengan kekalahan mereka di Lunas. Mereka berkelakuan seolah-olah hari kiamat sudah sampai. Dengan itu, mreka sanggup mempermain-mainkan sentimen perkauman orang-orang Melayu. Mereka melaung-laungkan bahawa sekiranya orang-orang Melayu tidak lagi bersatu-padu, orang-orang bukan Melayu akan mengambil kesempatan untuk mencabar hak-hak istimewa orang-orang Melayu! Di samping itu, mereka menindas orang-orang bukan Melayu dengan cara-cara kasar. Mereka cuba membuat pergaduhan antara kaum-kaum. Sekiranya rancangan keji mereka berhasil, pihak BN dapat mengistiharkan ‘keadaan darurat’, lalu menjalankan pemerintahan tentera untuk melanjutkan usia pemerintahannya yang bergoyang itu!
Pada saat yang genting ini, PKN menampil ke depan lalu membongkar tipu muslihat pihak BN yang keji itu , PKN mengistiharkan bahawa ia adalah parti berbilang kaum. Dengan jelas PKN memberitahu ahli-ahlinya dan juga rakyat jelata supaya jangan lagi terperangkap oleh tipu muslihat pihak UMNO itu.
Di samping itu, Pemuda PKN telah membuat keputusan untuk pergi ke seluruh negara dengan tujuan hendak memberi keterangan kepada rakyat tentang keputusan Majlis Tertinggi PKN ‘08-01-2001’ yang tersebut itu. Dengan berbuat demikian, rakyat jelata akan menyokong politik perpaduan rakyat dan menentang politik perkauman UMNO yang ketinggalan zaman itu.
Keputusan Majlis Tertinggi PKN ‘8.1.01’ merupakan bayu sepoi. Ia telah menghilangkan kebimbangan dan ketakutan dalam hati rakyat. Ia merupakan cahaya cerah yang dipancarkan dari sebuah rumah api. Ia menunjukkan kepada rakyat jelata jalan perpaduan tulen semua rakyat. Sebaliknya ia merupakan suata pancaran kilat. Ia menghancurkan tongkat penunjuk perkauman pihak BN. Ia juga merupakan sebatang kayu pengetuk. Ia telah mengeluarkan bunyi kiamat bagi pihak pemerintah perkauman. Semenjak hari itu, rakyat tidak akan berasa takut dengan ugutan May 13 lagi!
Semenjak kemenangan PKN dalam pilihan kecil Lunas, PKN telah berjaya menubuhkan banyak cawangan baru yang ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu, Tionghua dan India. Setakat hari ini, seramai empat ribu orang Tionghua dan lebih kurang seribu orang India sudah memohon hendak menyertai PKN.
Sekarang makin jelaslah PKN ialah sebuah parti politik yang benar-benar mencerminkan komposisi rakyat negara kita. Penguri PKN, Dr. Wan Azizah telah berikrar dalam keputusan majlis tertinggi bahawa PKN akan mengambil sikap liberal dan terbuka untuk menjamin keharmonian dan ketenteraman kehidupan semua rakyat Malaysia.
Keputusan ‘8.1.01’ ialah suatu pengistiharaan politik yang suai. Ia merupakan suatu cahaya penyuluh jalan yang cerah bagi seluruh rakyat Malaysia!
13/1/2023
0 条评论:
发表评论
订阅 博文评论 [Atom]
<< 主页